Thursday, November 15, 2012

DUGAAAN HIDUP :')

Assalammualaikum readers,

         Cerita aku hari ni bukan la cerita yang sangat mengembirakan, dan bukan jugak yang sangat menyedihkan sampai boleh meneteskan air mata kalian semua, ini hanyalah sebuah lagi catatan seorang budak pompuan, yang nampak macam x de perasaan, tp sebenarnya Allah sahaja yang tahu.. :)

     Aku sekarang berasa sangat sedih.http://www.emocutez.com. Dan aku sedar, satu-satunya tempat mengadu yang aku ada hanyalah pada Allah, tp mengadu bukan lah tujuan sebenar aku mengupdate post pada hari ni..

     Kenapa aku sedih ? Itu pasti satu soalan yang pertama kali terlintas di kepala kalian semua..Teruskan membaca walaupon aku pasti pos kali ni akan menjadi panjang..

     Punca kesedihan aku ialah kerana kedua orang tua aku, Ibu n Abah sekarang tengah sakit.. :(
Eh jangan terkejut lagi, sakit mereka x la separah mana pon, hanya sakit2 kaki biase sahaja :) Aku pasti ramai lagi diluar sana yang mempunyai dugaan yang Jauh lebih BESAR dari ape yang aku dan keluarga ku tanggung pada hari ni..Tp apakan daya, sebagai anak, dengar parents aku sakit gigi pon aku dah risau dan sedih apatah lagi dah sakit gigi .Tp kesedihan aku x lah aku luahkan melalui air mata kerana aku ni agak sukar untuk menangis orangnya..

    Abah, ada bengkak dikakinya, dan beberapa minggu lalu abah ada buat operation..Tp luka jahitan x sembuh2..Jadi esok, abah akan dimasukkan ke hospital lagi, untuk dibuat pembedahan lagi skali, doktor kata mungkin ada jangkitan di luka bahagian dalam tapak kaki tu..so doktor nak cuci balik la.. Yang sedihnya, Ahad ni akak aku ade wedding kedua, belah lelaki pulak, tp bapak aku x dapat datang..dan dye rase ralat sangat...

    Ibu pulak, kaki ibu pon sakit jugak..maybe sebab dulu ibu pernah jatuh masa muda-muda dulu..so bila dah tua ni, sakit dye menjadi2 pulak. Walaupon sakit kaki, ibu masih gagahkan diri masak untuk kiteorg adik beradik, masih lagi gagahkan diri untuk pergi kerja.. Ya Allah, adakah ibuku ini Superwoman??? http://www.emocutez.com

   Perit hati ni nak tengok mereka..hari2 menanggung sakit..Apa lagi yang mampu aku lakukan? Aku hanya mampu berdoa pada Allah, agar diampunkan segala dosa mereka sepanjang mereka sakit ni..Dan aku mohon juga agar Allah beri kekuatan dan ketabahan pada mereka untuk terus bersabar atas ujian Allah ini.. dan yang pasti, aku nak dyeorang sembuh..

   Ni, kalau ibu and abah baca post aku ni, mesti dyeorg x puas hati..Kenapa aku nak ceritakan benda2 ni semua kat korang kan..?

    Satu je sebab dye, aku harap, dengan korang membaca post aku ni, membaca kisah aku ini..Aku hanya harapkan satu benda sahaja.. iaitu DOA.. Sebab aku sangat yakin pada doa dan doa adalah senjata kita sebagai umat islam kan? Aku sangat yakin, semakin ramai orang mendoakan kita, pasti Allah akan dengar doa setiap seorang dripada kalian, dan sesungguhnya Allah itu, Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

   Aku harapkan, korang doakan kesihatan ibu and abah aku..http://www.emocutez.com

 Dan aku teringat satu hadis and aku search la google :

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

(Shahih Muslim no. 2733

   Kalau baik, minta share kan jugak..bukan nk promote blog, sebab aku memang dh lama tinggalkan kerje2 promote blog ni..cuma mengharapkan lebih ramai orang mendoakan kedua Ibu bapaku yg tercinta :)

Bersabarlah Ibu and Abah, uda x kan putus2 doakan ibu and abah..Insya-Allah

 

1 comment:

Masmira Masri said...

perasaan awk tu normal lah risau kan mak ayah kita bila sakit..kalau sakit kepala pun kita da xsenang duduk.. =) itu lah sebagai anak kalau boleh xnk mak ayah sakit sikit pun kn/..
done follow,...jemput bw n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/11/konvo-cik-nadia-masri.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...