Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Ramadhan 2014

Assalammualaikum,

Alahmdulillah, tahun ini bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang mulia.

Azam Ramadhan ku tahun ini adalah:

  • Melaksanakan solat sunat terawih  cukup 29 hari jemaah atau sendiri( semalam dh ter-miss sehari T.T)
  • Membaca Al-Quran lebih kerap, and nak khatamkan lah, since sekarang pon dh Juzuk 29.IAllah.
  • Istighfar banyak2.
Ramadhan tahun ini berbeza sedikit dengan Ramadhan yang sebelum ini, tahun ni, IAllah aku puasa sepenuhnya di rumah sebab sekarnag tengah cuti semester. Dan tahun ini juga aku kene jaga ibu yang sedang sakit. 

Pada 26 Jun yang lalu, ibu menjalni pembedahan pada lutut kanan. Pembedahan ini dilakukan kerana kaki ibu dah sakit sangat. Jelly yang ade pada lutut ibu dah habis.So setiap kali berjalan ibu akan rasa sakit.
Pembedahan dilakukan di Hospital Slim River, sebab kat Hospital Ipoh terlalu ramai orang.
Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar sekali. Ibu diwadkan selama 6 hari.

Semalam, 2/3/2014, adalah hari ibu dibenarkan keluar wad. Tapi sejak semalam, kaki ibu mula bengkak, dan membuatkan kaki ibu bertambah sakit. Badan mula panas , tp sekarang dah kebah sikit. Berat mata aku melihat ibu begitu. Nak baring lama, sakit. Nak duduk lama, sakit. Nak berdiri lama, apatah lagi, sudah tentu jauh lebih seksa.

Aku tidur dibilik ibu, sebab ibu kerap benar ingin ke tandas untuk buang air. Boleh dikatakan hampir setiap jam sepanjang malam. Aku x boleh nak harapkan abah sangat, dia pun bukan sihat sangat. 

Apa-apa pon aku x boleh biarkan emosi menguasai diri. Setiap kali aku dengar ibu menangis, aku kuatkan hati, aku x boleh nak menangis sekali dengan ibu. Walaupun berat mata aku memandang, berat lagi bahu ibu yang memikul, ak x mampu nak beri kata-kata semangat, kerana aku x tahu betapa seksanya dia. Jadi, aku biarkan sahaja ibu menangis, mungkin dengan itu, dia dapat kekuatan, aku hanya boleh bantu setakat mana yang dia perlu. Harap adik beradik yang lain boleh berikan kata-kata semangat, kerana aku sejak azali, memang x reti nak bagi kata2 semangat. 

Semoga Allah beri kekuatan kepada ibu, dan berikan kesembuhan kepada ibu. Dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa ibu.  

I love You Ibu, deep in my heart i always do.

 

Wednesday, February 5, 2014

Lata Kinjang (3 Feb 2014)

Assalammualaikum,

Ini kisah kelmarin,

Aku bosan tahap gaban, Tuhan sahaja yang tahu. Aku asyik bukak fb, tp orang2 dekat timeline aku x de stu pon share cerita menarik..Aku bosan sampai rasa macam nak hentak telefon..haha

So aku pon contact member aku, ajak diaorang jalan-jalan..Aku memang x suke jalan-jalan  kat shopping mall, sumpah bosan dan menghabiskan duit aku je..so alang2 ibu x keje, aku ajak diaorang gi Lata Kinjang.

For those yang tau, lata kinjang ni kat Tapah, or maybe bawah sikit dari Tapah. Haha Google la kalau nak tau exact coordinate dia ye. Aku memang teringin sangat nak pegi sini sebab orang cakap best. Lagipon dia adalah antara air terjun tertinggi di Malaysia.

Kiteorang pergi ni pun x ada planning, memang hentam kromo, mula-mula plan nak gi mandi sungai kat Lubuk Timah je, tapi alang-alang dah ada kereta, pergi la jauh sikit kan.haha

Malangnya masa kiteorang nak pergi tu, jammed dia memang teruk gila. Dekat sejam jugak la kiteorang stuck..ughh, Lambat sampai, lambat la mandi!

Kiteorg sampai jam 4 ptg lebih, masa mula2 nampak air terjun, Syikin n Baiyah dah jerit macam kanak-kanak riang..aku pon jerit skali la..excited katakan..
actually gambar ni amik masa nak balik, sbb time dtg tu excited sgt..ni pon sanggup berhenti tepi jalan..semata-mata nak amik gambar

 
View yang berjaya buat kami menjerit riang
Dan kami pon beriang -ria lah disana..air dekat air terjun tu agak dalam jugak, smpai paras dagu..pastu ada gelongsor, kiteorg buat muka tebai, main gak gelongsor tu, fuhh memang best, air masuk hidung..haha

air terjun

aku yang gembira

Gembira dapat buat mereka gembira juga
Lepas mandi-manda, dlm kul 6 camtu kiteorg bertolak balik.. Masa nak balik tu kami sesat, sepatutnya kami pergi arah Tapah, aku gi belok arah Ipoh.. Tapi ada hikmah aku silap belok, sebab kat arah Ipoh ade stu masjid nama Masjid Jamik, dapat la kami solat asar kat sana, sbb surau kat Lata Kinjang diorang kunci, so aku x tau ape function deme bina surau..

Nak balik pon lambat jugak, agak jauh sebenarnya, sakit pinggang aku bwk kete..aku bukan leh duk tegak static lama2 sangat..Anyway, aku have fun sangat, dan yang paling best, kawan2 aku pon happy..

I'll try to travel as much as i can
#Azam2014

Monday, January 20, 2014

GUNUNG CHABANG (18-19 JAN 2014)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

Biasa la, permulaan post akan aku mulakan dengan ayat cliche ini
"Dah lama x update post. dah bersawang blog aku ni."
Oh yeah, mmg itu ayat yang sentiasa digunakan.

Ok berbalik pada topik asal, berdasarkan tajuk diatas, aku akan menceritakan tentang pengalaman aku mendaki gunung chabang. Tapi sbelum tu, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan pada kita semua untuk masih bernafas dan mencari sebanyak2 bekalan untuk akhirat kelak. Semoga Azam tahun baru kita, tidaklah hanya bersifat duniawi semata..Niat dalam hati, nak jadi muslim yang lebih baik, banyakkan da'wah walaupon hanya dengan satu perkataan.

Tamat sudah tazkirah kita, hahaa.

Gunung Chabang, adalah sebuah gunung yang rupa-rupanya hanya berada sekangkang kera sahaja dari rumah aku..20 tahun aku hidup dan membesar disini, tidak pernah ku tahu kewujudan gunung ini..Ia terletak dekat perkampungan orang asal, atau dahulunya dipanggil orang asli la yang bernama Kampung Pos Slim, kene lalu jalan nak pegi cameron Highland, jarak masa perjalanan ada la dalam 30-45 minit

Aku ini, bukanlah hikers sejati, tempat paling tinggi aku panjat pon masa zaman aku budak hingusan dulu, mase tu panjat bukit belakang rumah orang, itu pon mak cik2 kampung kata aku ni lasak, bukit tu tinggi dia, ade la dalam 2 minit mendaki..hahaha. actually ade jugak panjat hutan kat chemor, tapi tu jungle trekking la.

Tetapi ini aku, aku suka cuba benda baru, boleh buat, atau x boleh buat, itu sume belakang kira. Masa mula2 aku masuk UM dulu, aku ada masuk satu group di FB, iaitu group hiking, yang namanya Genk Speed Gunung. Dan inilah kali pertama aku mendaki bersama mereka bila aku diajak oleh Abg Ash, aku setuju saja.

Kumpulan pendakian ini terdiri dari 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan, yang perempuan sume comel2 saiz badannya, aku je jenis baka yang besor T.T. Kami mula mendaki pada jam 8.45 pagi dengan dibantu oleh pak cik orang asli yang berumur 70 tahun. Kami sangka dia nak tunjuk pintu masuk je, rupa-rupanya dia bawak sampai suku perjalanan kami iaitu hingga 1st water point. Dengan x warm up-nya, terus mendaki, dan mula-mula start saja gunung ni dah pacak ( ini perkataan aku belajar dri mereka), pacak tu kira cam tegak gila la..Terkejut otot-otot aku. Pak Cik tu pulak, rilek je, memang laju betui dia..

bergambar sebelum mendaki :)

Selepas rehat beberapa minit kat 1st water point, amik air dan sebagainya, kami mulakan semula perjalanan kami.Seingat aku, dari kampung tu nak ke 1st water point amik masa lebih kurang 2 jam. Seorang hiker, dia ade bwk sejenis alat macam gps Muhammad Fathi, yang menunjukkan bentuk muka bumi gunung tu, dan berdasarkan alat tu gunung Chabang ni memang memacak sahaja, most of the time.

Kaki mula sakit setelah lama berjalan, mungkin x biasa mendaki, bersenam pon amat jarang sekali, otot2 ak terkejut beruk dengan kerja keras yang aku berikan pada mereka. Sakitnya bukan pada betis, bukan jenis kejang2 tu, ni jenis mogok punya, aku x tau la ape jadi kat otot tu, tapi masa nak angkat kaki, Subhanallah, berat sangat2.Udah lah memang kene angkat kaki, tinggi plak tu kene angkat sebab dia memacak kan, Allah je tahu sakit dia camne.. Ini bukan merungut, ini menceritakan pengalaman..haha. Disebabkan kesakitan ini, aku la hiker paling lambat sekali, dan ade 2 orang kene ikut aku..Kesian diaorang dah biase naik laju, terpaksa tggu aku..Kalau ikutkan hati, nak saja aku suruh mereka pergi, tapi idak la aku sebijak itu, sesat kang, aku yang susah, tp kalau suruh pon mereka x kan pergi.. "We are in this together", bak kata omputih. Lebih kurang macam tu prinsip mereka yang dapat aku perhatikan.

Masa mendaki tu, habis sume zikir aku baca, cari kekuatan, mintak nyawa. Kebergantungan pada Allah, 200%, jalan kat situ, ada yang sempit, silap langkah bergolek lah macam nangka busuk dalam gaung.. Nauzubillah min zalik. Kami sampai last water point pada jam 2.20 petang. Kalau x de aku, mungkin mereka sampai awal lagi, haha.. Tapi x pe, Alhamdulillah, sume sampai dengan selamatnya. Cerita pasal beg, aku x kan cakap beg aku berat, pasalnya, aku tengok beg diaorang lagi la, mau 2 -3 kali ganda berat dari beg aku ni.. macam2 diaorang bawak dalam beg tu, khemah, fly, mknn, dapur dan sebagainya, kuat betul diaorang ni.. Aku? aku bawak barang aku je :(

rehat sebentar sebelum mendaki
baju merah : abg Ash
baju kuning : muhammd fathi
tudung purple: kak salmi

dri kiri: kak mimah dan kak dayah
baju biru: Yazid
sorg agi kat blakang tu, Farhan aka Kadet :p


Khemah yang mereka pasang, Abg Ash tgh buat roti canai..
Daebak!

Dah siap khemah sume, boleh la berehat2 sekejap.. tapi aku x leh nak tido pon, aku tgk orang lain x tido. so aku pon cuba la tolong2 mana yang mampu. Tolong masakkan roti canai tu ..sedap jugak roti canai tu, sepatutnya makan untuk malam, tapi sume dah geram tgk roti canai tu, diaorang pon ngap la tengah panas2, makan dengan gula..Diaorang masak nasi impit dan panaskan kari ayam dalam tin, nasi impit dan kari ayam makan tuk malam, + makan maggi, Fathi dari petang tu x habis2 nak makan maggi, hahaha, dpt jugak akhirnya..Sedap, mknn sume sedap, pandai orang yg masak tu + plus rajin sangt, dri petang sampai malam, dia yg masak sume bnda. Kata mereka, itu lah trip mereka paling rileks sekali, makan banyak, sampai pon cepat.. x dapat aku bayangkan trip diaorang yang lain macam mana, ini pon aku rse dh mencabar amett.hahaha..

Kami tido dalam kul 10 lebih nak dekat kul 11 kalau x silap..itu pon deme masak lagi tuk tengah hari esok punya..Malam tu aku tido hujung khemah, perempuan tido dalam khemah, lelaki tido kat luar khemah, kat fly tu..X lena sangat tido, maybe sbb sejuk + kaki aku yg sakit tu, buat lagi x slesa nak tido.. Cadang bangun dalam kul 4.15-4.30 tapi akhirnya, kami bangun kul 5 ++, kemas2 barang skit dan mula bertolak untuk ke puncak.. Ya Allah, cabaran lagi, dengan sejuknya, dengan kaki sakit dan kene naik memacak lagi. macam biasa, aku la yang paling lambat.. mula2 tu penat la, lama2 penat tu x rase sangat tp sakit.. Sian mereka kene tggu aku. :( Kami sampai puncak yg 1st tu dalam kul 6.50 camtu rsenyer,masa tu dh nampak dah bayangan matahai terbit, tapi kami naik atas lagi sikit, sbb nak solat. Alhamdulillah, walaupon kat ats gunung tu pon, kami diizinkan solat jemaah Subuh.

nampak sikit dah chaya matahari

antara view dari atas sana

nak buat 360 punya view, tp hujung kanan ni pelik plak.haha

View dari atas, SubhanAllah, mmg cantik, nampak lapisan2 gunung..
Matahari sudah naik

Senyum sikit :)

Tingginya aku naik, Alhamdulillah, berjaya sampai, walaupon lambat.

kakak2 comel yg supporting dan baik hati

Selepas solat dan melihat matahari naik, kami teruskan perjalanan untuk smpai ke puncak.. lebih kurang 700m lagi ke atas, 700 m pon rase macm jauh sangat, dengan kelajuan seprti siput, macam biasa, aku diikuti oleh dua orang kawan, Fathi dan Farhan, diaorang jaga aku smpai la ke puncak. Semasa perjalanan naik, keadaan hutan cantik sangat, bak kata Farhan, macam dalam cite Alice in wonderland atau Hobbit.. haah aku pon rse cantik sangat, dengan lumut2 hijau dia. Jalan dia banyak yang lecah, mungkin sebab hujan, kasut aku dh banyak kali termasuk dalam lumpur tu.. Jatuh pon x payah cite berape kali kan.. haha. Sampai je ke puncak aku terus menangis teresak2 gitu macam Izzah dalam Ombak rindu ( haha, tetiba je). Aku menangis pon bukan sebab terharu smpai puncak, tapi aku kesiankan 2 orang td, terpaksa tggu aku, kalau aku x de mesti diaorg dh smpai dengan yang lain2.. waaaaaa. Kami sampai di puncak lebih kurang 8.40 pagi. Makan breakfast sikit, bergambar sikit, dalam 9.15 kami mula turun. kali ni aku dijaga oleh Abg Ash dan kak Salmi..dari naik semalam hingga lah nak turun, masa turun bru aku nangis..haha..

sampai jugak kami di puncak

breakfast + minum kopi.. aku x de mood nak mkn, lps nangis..cubit sikit2 je

farhan: kawan yang teman kat belakang


Ondaway nak turun tu, aku bersembang la dengan kak salmi, dengar sikit pengalaman dia, ade cerita orang hilang kuku la, kasut rosak la.. risau pulak aku, haha..masa tgh turun tu, baik punya kaki masuk dalam akar kan, pastu bila angkat kaki tu, kasut pulak tertinggal kat dalam, aku x tau la lubang ape aku masuk tu, kasut aku langsung x nampak bayang, dalam betul..Aku dah risau, jenuh la kalau x jumpa kasut, jauh kot nak balik lagi..nasib abg Ash ade, dia cantas2 akar tu dan guna kayu nak amik kasut aku. Alhamdulillah.. Yang lain dah sampai campsite..diaorang dh start kemas2 untuk balik. Dah siap pack2 barang, dalam kul 11.40 aku dan Yazid turun dulu, kali ni dia pulak jaga aku, aku turun dulu sebab aku ni kan yang paling lambat, ade la dalam 40 minit aku turun, aku dengar bunyi dri ats, Ya Allah, udah la smpai sorg lagi, kak mimah dh smpai, pastu diikuti kak dayah, aku x tau la.. cepat betui diaorang ni. last2 yang lain yg turun kemudian semua potong aku, haha daebak..diaorang mmg laju, sesuai sgt nama Genk Speed Gunung :p

Masa turun, otot aku x sakit sangat macam masa naik, tp tempat lain pulak yang sakit, sbb balik ni banyak menurun, ibu jari tu banyak la kene tekan kat kasut kan, tahan2 jugak, penat pon ade, aku dok risau kuku tercabut ja, haha.. Lepas yang lain sampai, Yazid turun dulu, kak mimah ganti, jaga aku pulak.. pastu kak salmi dan Abg Ash jaga sampai habis. Ok, dah macam ape je ade penjaga kan, tp nak buat camne, aku ni newbie..

Dah sampai bawah

sungai yang ku tunggu dari ats lagi, tanda pengakhiran xpdc ini

Kami mengambil masa lebih kurang 4 jam tuk turun dari campsite. Aku tiba disini jam 3.30 ptg. yang lain awal lagi dari aku la, ofcoz, haha..Kiteorg rehat, mandi manda (perempuan dan laki mandi asing ye, lelaki mandi jauh nun dimana entah).Orang asli yang kami jumpa sume ramah belaka. Dalam pukul 6.30ptg, Abg naquib datang amik kami.. kami pon balik dan ke balai polis dan membuat laporan yang kami dah selamat sampai. Dan aku jemput mereka makan kat kedai depan rumah aku sebelum diaorang balik, belanja sikit la, tanda terima kasih..

menunggu makanan untuk mengisi perut yang lapar


Apa-apa pon, aku bersyukur sangat, sebab Allah mudahkan perjalanan . x ada kes yang serious berlaku. Berterima kasih teramat sangat pada Abg Ash, Yazid, Fathi,Farhan, kak salmi, kak dayah, dan kak mimah, sbb jaga saya dengan baik dan bersabar dengan kelemahan saya ni, walaupun kita x pernah kenal, anda semua terlalu baik pada saya..x lupa jugak abg naquib sbb tolong hantar dan ambil kami disana. Terima kasih Abg Ash sebb bagi peluang ni pada saya.. Walaupon mencabar, sekali pon saya x akan pernah menyesal. Harap yang menjemput x menyesal ajak saya. hehe (macam award ceremony punya speech kan?)

Saya belajar erti kerjasama, saya belajar erti sabar, saya belajar erti persahabatan.. Saya melihat kebesaran Allah dari tempat tinggi. Saya bergantung pada Allah , Allah hantar kalian untuk jaga saya.. Terima Kasih banyak2. Dan maaf seribu kali maaf :')

p/s: sekarang aku berjalan seperti orang baru lepas pantang, nasib x pakai stokin dengan letak pilis kat dahi je, klu x perfect dah, gaya sume ade. Maafkan aku otot2, hahaha










Sunday, September 8, 2013

MINGGU HALUANSISWA 2013/2014 UNIVERSITY MALAYA!


Assalammualaikum dan Salam Intelek (chewahhh, hahaha)

Semalam cukup la seminggu kami freshie2 UM menjalani Minggu Haluansiswa di University Malaya , university tertua dan terbaik di Malaysia.!!!

Kalau aku disuruh describe minggu haluansiswa ni dengan hanya satu perkataan, aku akan cakap FANTASTIC!..Serious aku cakap...Biasanya minggu orientasi ni slalu ade ragging2, tp kat sini x ade..denda tu ade la sikit, tp rilek je la..Bukan ragging ikut suke suki hati senior je..

Lupa nk cakap, aku dapat Kolej Kelima-Dayasari.. Kolej ni memang best gila, walaupun dye kolej yang tua..Fasiliti sukan dye pon, aku tengok mmg terbaik la.. Bilik aku berkongsi dengan tiga org lagi, n malangnya aku dpat katil tingkat atas, paham2 je la..tuk si chubby cam aku ni, payah sikit la kan, Sikit je k! Tapi aku tengok yang positif la, dengan katil aku berada di tingkat atas ni, akan ade la satu harapan agar aku kurang tidur dan berlingkar-lingkar di atasnya..hahaha. Dan bilik dye memang sejuk, macam ada air cond. Kolej Dayasari ni jugak ialah kolej Palapes, di mana pelajar-pelajar Palapes ditempatkan disini..

Cukup pasal kolej, jom cakap pasal minggu ni pulak.. Setiap hari, rutin kiteorg ialah akan bangun pukul 5 untuk siap2 pegi smbhyg subuh di surau, berjemaah. And berlangsung la one whole day punya event..mmg busy, sampai mandi pon x sempat, kiranya mandi sekali sehari je la.. Memang sume pon busuk la kan..haha.. Yang paling bestnya, kiteorg kene jalan kaki dari KK5 pegi DTC (Dewan Tunku Cancelor), lebih kurang la 1 km..bukan jalan lenggang lenggok tu kiteorg kene berlari gak nk make sure x de gap dalam barisan and nk cepat smpai..Tp aku rilek je, sbb aku fikir dah lama x exercise kan, so ambil je peluang yang ade and enjoy je..

Aktiviti paling aku suke ialah Cheers la, aku klu bab cheers mmg semangat, aku jerit sepuas hati, release stress katakan, tp aku x stress mana pon hahaha.. Cheers kiteorg mmg gempak, lain dri yang lain, masa last day, aku rase cheers kiteorg dah buat yg terbaik, tp aku x puas hati gila dengan satu KK ni, yg bawak alat yg bising gila cam kat stadium tu..mana nk lawan suara kami dgn bunyi bnda tu..Tenggelam suara kami tau :( Anyway, let bygone be bygone je..aku masih happy..

Aktiviti kat fakulti aku pon best jugak, aku tgk profesor2 kat sana macam baik2 je..harap la dyeorg nnt ok.. and of coz la dyeorg ok kan, sbb dyeorg kan Professor UM! Hehehe.Berpeluang berbual-bual dengan alumni, and tanya ape yg terlintas dalam kepala otak ni kan..Memang best la. And ak rasa aku memang lebih banyak bertanya sepanjang minggu ni..almost every Q&A session ade la muka aku bertanya..That's is a very good improvement from me. Wow, only one week, and I’ve change?..What will happen to me for the next 3 years?

And yang paling bestnya, dan paling x disangka-sangka pihak UM ade jemput alumni-alumni yang berjaya contohnya, Pandalila, Aznil Hj Nawawi, and sorang menteri telekomunikasi. Paling best skali time Pak Nil bagi ucapan la.. Rasa memang best dan terharu sgt smpai dh sebak sikit dah.. Semangat aku terus dibakar lagi..

Aku terpilih untuk buat sketsa Bahasa Malaysia, kiteorg berlakon tuk sketsa isteri derhaka..Aku ambil cabaran ni untuk berlakon sesuatu yang aku x pernah buat..Jadi aku ambil watak utama Mak Leha, dan PM( pemudahcara mahasiswa) lantik aku jadi ketua untuk group ni..Yang bestnya, semangat kerjasama dalam group kami bg aku sgt hebat..Walaupun pada mulanya, kawan2 malu, suara x kuat..tp bila dah bertanding.. Ya Allah, dyeorg sgt ohsem bg aku..Walaupon KK5 x menang, tp aku tetap bangga sebab audience kami ketawa dan juri tersenyum.. Aku bersyukur.

Terlalu banyak pengalaman berharga sepanjang minggu ni.. PM-PM KK 5, Subhanallah, BAIK GILA.. Aku dapat rasa keikhlasan, semangat, keceriaan mereka.X tau nak cakap ape dah, tp dyeorg mmg jaga kami dengan sangatx10 baik.Rasa nak nangis sbb terharu pon ade..Klu boleh, nk antar je sume PM aku ni naik ats pentas ambik award,Yang lawaknya, on the last day of the week, kiteorg kene denda lagi, aku cam blur2, apsal tetiba ngamuk ni, dh la last day..cakap kiteorg lambat dtg court dri surau, aku pikir, x de la lambat sgt sbb mmg bru sgt habisnya..Lepas kene denda kene marah bagai, tetiba dengar org nanyi lagu tema kolej kiteorg, rupa-rupanya, sume tu tipu je,drama yg dyeorg cipta and nama dan course dyeorg yg kita tau pon tipu jugak, tp ape nk buat, nama tu mmg lekat la kat aku, sbb aku x igt nama betul dyeorg..Paling sentap sekali, mostly umor dyeorg 20-23 je..aku x sentap sgt la, sbb aku muda..yg freshie2 umo 20 la sentap habis..hahahaha..Tapi aku faham kenapa dyeorg buat camtu, klu x buat camtu, of coz, yg sebaya ni x kan respect and dengar cakap punya la..


Aku simpan cerita yang terbaik tuk akhir sekali, bak kata orang putih, keep the best for the last? Ah lebih kurang la ayat dye kan.. Ok, cite dye camni, tgh aku syok-syok layan org berceramah kat depan, PM panggil aku.. aku pon cam blurr la..apsal tetiba ni..dlm otak dh fikir, aku ade buat salah ke? Setahu aku, aku la yg paling baik skali kat KK 5 ni hehehe ( x bleh bla kan? Hahaha).. Pastu, Ketua PM cakap, awk ade buat salah ape ni, smpai dyeorg panggil? Tp aku confident je, aku x buat salah ape2, dan KPM tu pon bukan la pelakon yang hebat, hehehe so aku tau ni mesti ada something ni.. Ada jugak la wakil dari KK lain bersama aku, pastu HEP cakap kiteorg terpilih makan dengan TIMBALAN PERDANA MENTERI!! hahaha nmpk x jakun dye kat situ? TPM ni pon alumni UM, sbb tu dia datng untuk rasmikan Radio Umalaya.. So aku berpeluang la, makan semeja..walaupon x berborak sgt sbb aku duduk selang 3 org dari beliau, tp aku dapat duduk sebelah Datuk Rohana, HEP UM..Dapat berborak dengan beliau pon best sebab dia friendly je dengan kami. So ini peluang boleh dikatakan sekali seumur hidup la..Terima Kasih sgt la pada pihak yg sudi pilih aku..

So overall, MHS 2013/2014 SANGAT OHSEM!!!!!!!!! #UMisone

Terima kasih banyak-banyak pada PM-PM KK5, PM sentral dan Pihak UM sendri yang telah berjaya menyemai rasa cinta pada UM dan semangat belajar dalam diri saya dalam masa seminggu sahaja..CONGRATULATION!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...