Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Lata Kinjang (3 Feb 2014)

Assalammualaikum,

Ini kisah kelmarin,

Aku bosan tahap gaban, Tuhan sahaja yang tahu. Aku asyik bukak fb, tp orang2 dekat timeline aku x de stu pon share cerita menarik..Aku bosan sampai rasa macam nak hentak telefon..haha

So aku pon contact member aku, ajak diaorang jalan-jalan..Aku memang x suke jalan-jalan  kat shopping mall, sumpah bosan dan menghabiskan duit aku je..so alang2 ibu x keje, aku ajak diaorang gi Lata Kinjang.

For those yang tau, lata kinjang ni kat Tapah, or maybe bawah sikit dari Tapah. Haha Google la kalau nak tau exact coordinate dia ye. Aku memang teringin sangat nak pegi sini sebab orang cakap best. Lagipon dia adalah antara air terjun tertinggi di Malaysia.

Kiteorang pergi ni pun x ada planning, memang hentam kromo, mula-mula plan nak gi mandi sungai kat Lubuk Timah je, tapi alang-alang dah ada kereta, pergi la jauh sikit kan.haha

Malangnya masa kiteorang nak pergi tu, jammed dia memang teruk gila. Dekat sejam jugak la kiteorang stuck..ughh, Lambat sampai, lambat la mandi!

Kiteorg sampai jam 4 ptg lebih, masa mula2 nampak air terjun, Syikin n Baiyah dah jerit macam kanak-kanak riang..aku pon jerit skali la..excited katakan..
actually gambar ni amik masa nak balik, sbb time dtg tu excited sgt..ni pon sanggup berhenti tepi jalan..semata-mata nak amik gambar

 
View yang berjaya buat kami menjerit riang
Dan kami pon beriang -ria lah disana..air dekat air terjun tu agak dalam jugak, smpai paras dagu..pastu ada gelongsor, kiteorg buat muka tebai, main gak gelongsor tu, fuhh memang best, air masuk hidung..haha

air terjun

aku yang gembira

Gembira dapat buat mereka gembira juga
Lepas mandi-manda, dlm kul 6 camtu kiteorg bertolak balik.. Masa nak balik tu kami sesat, sepatutnya kami pergi arah Tapah, aku gi belok arah Ipoh.. Tapi ada hikmah aku silap belok, sebab kat arah Ipoh ade stu masjid nama Masjid Jamik, dapat la kami solat asar kat sana, sbb surau kat Lata Kinjang diorang kunci, so aku x tau ape function deme bina surau..

Nak balik pon lambat jugak, agak jauh sebenarnya, sakit pinggang aku bwk kete..aku bukan leh duk tegak static lama2 sangat..Anyway, aku have fun sangat, dan yang paling best, kawan2 aku pon happy..

I'll try to travel as much as i can
#Azam2014

Monday, January 20, 2014

GUNUNG CHABANG (18-19 JAN 2014)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

Biasa la, permulaan post akan aku mulakan dengan ayat cliche ini
"Dah lama x update post. dah bersawang blog aku ni."
Oh yeah, mmg itu ayat yang sentiasa digunakan.

Ok berbalik pada topik asal, berdasarkan tajuk diatas, aku akan menceritakan tentang pengalaman aku mendaki gunung chabang. Tapi sbelum tu, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan pada kita semua untuk masih bernafas dan mencari sebanyak2 bekalan untuk akhirat kelak. Semoga Azam tahun baru kita, tidaklah hanya bersifat duniawi semata..Niat dalam hati, nak jadi muslim yang lebih baik, banyakkan da'wah walaupon hanya dengan satu perkataan.

Tamat sudah tazkirah kita, hahaa.

Gunung Chabang, adalah sebuah gunung yang rupa-rupanya hanya berada sekangkang kera sahaja dari rumah aku..20 tahun aku hidup dan membesar disini, tidak pernah ku tahu kewujudan gunung ini..Ia terletak dekat perkampungan orang asal, atau dahulunya dipanggil orang asli la yang bernama Kampung Pos Slim, kene lalu jalan nak pegi cameron Highland, jarak masa perjalanan ada la dalam 30-45 minit

Aku ini, bukanlah hikers sejati, tempat paling tinggi aku panjat pon masa zaman aku budak hingusan dulu, mase tu panjat bukit belakang rumah orang, itu pon mak cik2 kampung kata aku ni lasak, bukit tu tinggi dia, ade la dalam 2 minit mendaki..hahaha. actually ade jugak panjat hutan kat chemor, tapi tu jungle trekking la.

Tetapi ini aku, aku suka cuba benda baru, boleh buat, atau x boleh buat, itu sume belakang kira. Masa mula2 aku masuk UM dulu, aku ada masuk satu group di FB, iaitu group hiking, yang namanya Genk Speed Gunung. Dan inilah kali pertama aku mendaki bersama mereka bila aku diajak oleh Abg Ash, aku setuju saja.

Kumpulan pendakian ini terdiri dari 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan, yang perempuan sume comel2 saiz badannya, aku je jenis baka yang besor T.T. Kami mula mendaki pada jam 8.45 pagi dengan dibantu oleh pak cik orang asli yang berumur 70 tahun. Kami sangka dia nak tunjuk pintu masuk je, rupa-rupanya dia bawak sampai suku perjalanan kami iaitu hingga 1st water point. Dengan x warm up-nya, terus mendaki, dan mula-mula start saja gunung ni dah pacak ( ini perkataan aku belajar dri mereka), pacak tu kira cam tegak gila la..Terkejut otot-otot aku. Pak Cik tu pulak, rilek je, memang laju betui dia..

bergambar sebelum mendaki :)

Selepas rehat beberapa minit kat 1st water point, amik air dan sebagainya, kami mulakan semula perjalanan kami.Seingat aku, dari kampung tu nak ke 1st water point amik masa lebih kurang 2 jam. Seorang hiker, dia ade bwk sejenis alat macam gps Muhammad Fathi, yang menunjukkan bentuk muka bumi gunung tu, dan berdasarkan alat tu gunung Chabang ni memang memacak sahaja, most of the time.

Kaki mula sakit setelah lama berjalan, mungkin x biasa mendaki, bersenam pon amat jarang sekali, otot2 ak terkejut beruk dengan kerja keras yang aku berikan pada mereka. Sakitnya bukan pada betis, bukan jenis kejang2 tu, ni jenis mogok punya, aku x tau la ape jadi kat otot tu, tapi masa nak angkat kaki, Subhanallah, berat sangat2.Udah lah memang kene angkat kaki, tinggi plak tu kene angkat sebab dia memacak kan, Allah je tahu sakit dia camne.. Ini bukan merungut, ini menceritakan pengalaman..haha. Disebabkan kesakitan ini, aku la hiker paling lambat sekali, dan ade 2 orang kene ikut aku..Kesian diaorang dah biase naik laju, terpaksa tggu aku..Kalau ikutkan hati, nak saja aku suruh mereka pergi, tapi idak la aku sebijak itu, sesat kang, aku yang susah, tp kalau suruh pon mereka x kan pergi.. "We are in this together", bak kata omputih. Lebih kurang macam tu prinsip mereka yang dapat aku perhatikan.

Masa mendaki tu, habis sume zikir aku baca, cari kekuatan, mintak nyawa. Kebergantungan pada Allah, 200%, jalan kat situ, ada yang sempit, silap langkah bergolek lah macam nangka busuk dalam gaung.. Nauzubillah min zalik. Kami sampai last water point pada jam 2.20 petang. Kalau x de aku, mungkin mereka sampai awal lagi, haha.. Tapi x pe, Alhamdulillah, sume sampai dengan selamatnya. Cerita pasal beg, aku x kan cakap beg aku berat, pasalnya, aku tengok beg diaorang lagi la, mau 2 -3 kali ganda berat dari beg aku ni.. macam2 diaorang bawak dalam beg tu, khemah, fly, mknn, dapur dan sebagainya, kuat betul diaorang ni.. Aku? aku bawak barang aku je :(

rehat sebentar sebelum mendaki
baju merah : abg Ash
baju kuning : muhammd fathi
tudung purple: kak salmi

dri kiri: kak mimah dan kak dayah
baju biru: Yazid
sorg agi kat blakang tu, Farhan aka Kadet :p


Khemah yang mereka pasang, Abg Ash tgh buat roti canai..
Daebak!

Dah siap khemah sume, boleh la berehat2 sekejap.. tapi aku x leh nak tido pon, aku tgk orang lain x tido. so aku pon cuba la tolong2 mana yang mampu. Tolong masakkan roti canai tu ..sedap jugak roti canai tu, sepatutnya makan untuk malam, tapi sume dah geram tgk roti canai tu, diaorang pon ngap la tengah panas2, makan dengan gula..Diaorang masak nasi impit dan panaskan kari ayam dalam tin, nasi impit dan kari ayam makan tuk malam, + makan maggi, Fathi dari petang tu x habis2 nak makan maggi, hahaha, dpt jugak akhirnya..Sedap, mknn sume sedap, pandai orang yg masak tu + plus rajin sangt, dri petang sampai malam, dia yg masak sume bnda. Kata mereka, itu lah trip mereka paling rileks sekali, makan banyak, sampai pon cepat.. x dapat aku bayangkan trip diaorang yang lain macam mana, ini pon aku rse dh mencabar amett.hahaha..

Kami tido dalam kul 10 lebih nak dekat kul 11 kalau x silap..itu pon deme masak lagi tuk tengah hari esok punya..Malam tu aku tido hujung khemah, perempuan tido dalam khemah, lelaki tido kat luar khemah, kat fly tu..X lena sangat tido, maybe sbb sejuk + kaki aku yg sakit tu, buat lagi x slesa nak tido.. Cadang bangun dalam kul 4.15-4.30 tapi akhirnya, kami bangun kul 5 ++, kemas2 barang skit dan mula bertolak untuk ke puncak.. Ya Allah, cabaran lagi, dengan sejuknya, dengan kaki sakit dan kene naik memacak lagi. macam biasa, aku la yang paling lambat.. mula2 tu penat la, lama2 penat tu x rase sangat tp sakit.. Sian mereka kene tggu aku. :( Kami sampai puncak yg 1st tu dalam kul 6.50 camtu rsenyer,masa tu dh nampak dah bayangan matahai terbit, tapi kami naik atas lagi sikit, sbb nak solat. Alhamdulillah, walaupon kat ats gunung tu pon, kami diizinkan solat jemaah Subuh.

nampak sikit dah chaya matahari

antara view dari atas sana

nak buat 360 punya view, tp hujung kanan ni pelik plak.haha

View dari atas, SubhanAllah, mmg cantik, nampak lapisan2 gunung..
Matahari sudah naik

Senyum sikit :)

Tingginya aku naik, Alhamdulillah, berjaya sampai, walaupon lambat.

kakak2 comel yg supporting dan baik hati

Selepas solat dan melihat matahari naik, kami teruskan perjalanan untuk smpai ke puncak.. lebih kurang 700m lagi ke atas, 700 m pon rase macm jauh sangat, dengan kelajuan seprti siput, macam biasa, aku diikuti oleh dua orang kawan, Fathi dan Farhan, diaorang jaga aku smpai la ke puncak. Semasa perjalanan naik, keadaan hutan cantik sangat, bak kata Farhan, macam dalam cite Alice in wonderland atau Hobbit.. haah aku pon rse cantik sangat, dengan lumut2 hijau dia. Jalan dia banyak yang lecah, mungkin sebab hujan, kasut aku dh banyak kali termasuk dalam lumpur tu.. Jatuh pon x payah cite berape kali kan.. haha. Sampai je ke puncak aku terus menangis teresak2 gitu macam Izzah dalam Ombak rindu ( haha, tetiba je). Aku menangis pon bukan sebab terharu smpai puncak, tapi aku kesiankan 2 orang td, terpaksa tggu aku, kalau aku x de mesti diaorg dh smpai dengan yang lain2.. waaaaaa. Kami sampai di puncak lebih kurang 8.40 pagi. Makan breakfast sikit, bergambar sikit, dalam 9.15 kami mula turun. kali ni aku dijaga oleh Abg Ash dan kak Salmi..dari naik semalam hingga lah nak turun, masa turun bru aku nangis..haha..

sampai jugak kami di puncak

breakfast + minum kopi.. aku x de mood nak mkn, lps nangis..cubit sikit2 je

farhan: kawan yang teman kat belakang


Ondaway nak turun tu, aku bersembang la dengan kak salmi, dengar sikit pengalaman dia, ade cerita orang hilang kuku la, kasut rosak la.. risau pulak aku, haha..masa tgh turun tu, baik punya kaki masuk dalam akar kan, pastu bila angkat kaki tu, kasut pulak tertinggal kat dalam, aku x tau la lubang ape aku masuk tu, kasut aku langsung x nampak bayang, dalam betul..Aku dah risau, jenuh la kalau x jumpa kasut, jauh kot nak balik lagi..nasib abg Ash ade, dia cantas2 akar tu dan guna kayu nak amik kasut aku. Alhamdulillah.. Yang lain dah sampai campsite..diaorang dh start kemas2 untuk balik. Dah siap pack2 barang, dalam kul 11.40 aku dan Yazid turun dulu, kali ni dia pulak jaga aku, aku turun dulu sebab aku ni kan yang paling lambat, ade la dalam 40 minit aku turun, aku dengar bunyi dri ats, Ya Allah, udah la smpai sorg lagi, kak mimah dh smpai, pastu diikuti kak dayah, aku x tau la.. cepat betui diaorang ni. last2 yang lain yg turun kemudian semua potong aku, haha daebak..diaorang mmg laju, sesuai sgt nama Genk Speed Gunung :p

Masa turun, otot aku x sakit sangat macam masa naik, tp tempat lain pulak yang sakit, sbb balik ni banyak menurun, ibu jari tu banyak la kene tekan kat kasut kan, tahan2 jugak, penat pon ade, aku dok risau kuku tercabut ja, haha.. Lepas yang lain sampai, Yazid turun dulu, kak mimah ganti, jaga aku pulak.. pastu kak salmi dan Abg Ash jaga sampai habis. Ok, dah macam ape je ade penjaga kan, tp nak buat camne, aku ni newbie..

Dah sampai bawah

sungai yang ku tunggu dari ats lagi, tanda pengakhiran xpdc ini

Kami mengambil masa lebih kurang 4 jam tuk turun dari campsite. Aku tiba disini jam 3.30 ptg. yang lain awal lagi dari aku la, ofcoz, haha..Kiteorg rehat, mandi manda (perempuan dan laki mandi asing ye, lelaki mandi jauh nun dimana entah).Orang asli yang kami jumpa sume ramah belaka. Dalam pukul 6.30ptg, Abg naquib datang amik kami.. kami pon balik dan ke balai polis dan membuat laporan yang kami dah selamat sampai. Dan aku jemput mereka makan kat kedai depan rumah aku sebelum diaorang balik, belanja sikit la, tanda terima kasih..

menunggu makanan untuk mengisi perut yang lapar


Apa-apa pon, aku bersyukur sangat, sebab Allah mudahkan perjalanan . x ada kes yang serious berlaku. Berterima kasih teramat sangat pada Abg Ash, Yazid, Fathi,Farhan, kak salmi, kak dayah, dan kak mimah, sbb jaga saya dengan baik dan bersabar dengan kelemahan saya ni, walaupun kita x pernah kenal, anda semua terlalu baik pada saya..x lupa jugak abg naquib sbb tolong hantar dan ambil kami disana. Terima kasih Abg Ash sebb bagi peluang ni pada saya.. Walaupon mencabar, sekali pon saya x akan pernah menyesal. Harap yang menjemput x menyesal ajak saya. hehe (macam award ceremony punya speech kan?)

Saya belajar erti kerjasama, saya belajar erti sabar, saya belajar erti persahabatan.. Saya melihat kebesaran Allah dari tempat tinggi. Saya bergantung pada Allah , Allah hantar kalian untuk jaga saya.. Terima Kasih banyak2. Dan maaf seribu kali maaf :')

p/s: sekarang aku berjalan seperti orang baru lepas pantang, nasib x pakai stokin dengan letak pilis kat dahi je, klu x perfect dah, gaya sume ade. Maafkan aku otot2, hahaha










Saturday, August 17, 2013

MENGAPA AKU NAK JADI PENGEMBARA?

Assalammualaikum,

Ini pos kedua aku tentang nk jadi pengembara a.k.a traveller.. klu belum baca 1 st post, klik dulu kat SINI 
klu x nak klik pon x pe, x de kene mengene pon pos sebelum ni dengan yang sekrang ni..

Anyway, jom continue dengan ape yang aku nak cakap pada asalnya..hohho
So kenapa aku nk jadi traveller?

First mesti la sebab aku suke jalan-jalan.. Perangai suka jalan-jalan ni, berjangkit dari bapak aku, pastu turun kat kakak-kakak aku smpai la turun pada aku.. so aku ni pon dh ter-inspired tuk jadi traveller.. Dulu kakak n bapak aku tarvel backpacking ke Cambodia and Vietnam, bila aku dengar cerita dyeorg aku pon berminat la.

2nd, sbb aku mmg suka tengok budaya orang, bayangkan, kita dalam satu bumi yang sama, tp di setiap tempat ada bahasa yang berbeza, budaya berbeza, manusia pon berbeza, aku jadi berminat nk tengok semua ni..antara penyebab aku suke sume benda ni ialah sejak aku jadi exchange student ke japan tahun 2010 dulu untuk 2 minggu, 2 minggu yang singkat bg aku pengalaman yg sangat awesome, even after almost 3 years, the memory of  the experiences i gain  is still vivid, crystal clear!

3rd, klu aku x travel sekarang, bila lagi? mase aku tengah muda remaja ni la aku nk travel.. kalau aku tggu bila aku dh kerja nanti, kene tggu dpt kebenaran bos tuk cuti lama-lama, kene selesaikan kerja-kerja yg akan tertunggak, busy tau, entah dapat ntah tidak cuti tuk travel, dan sekarang aku x de ape-ape komitment lagi, aku x de suami, aku x de anak, I'm a free lady..kalau tunggu lagi, bila dah ade anak, nnt lagi susah nk travel, nak bwk susah, nk tinggal sayang, , last2 x travel trus sbb terlalu busy..SO AKU X  NK TGGU LAGI!! aku teringat satu quote aku dengar kat Tv

" TRAVEL WHEN YOUR HEART IS BURNING, NOT WHEN YOUR LEG WANT TO WALK"

aishh lebih kurang la ayat dye, maksudnya, bila hati kita tengah membara ni la kita nk travel, mase muda2 ni..bukan bila dah tua, dah tua baru nk travel susah, kaki sakit la ape la.. camtu la lebih kurang mksud dye.hahaha


4th, travelling makes you a better person, make you see the beauty of Allah's creation, make you feel closer to your creator and can turn you to a good servant of Allah..

so tu antar 4 sebab kenapa aku nak travel..ok la, dh kul 3 pagi aku nak tido.. Assalammualaikum :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...