Monday, June 24, 2013

KOREAN FOOD: RESIPI BIBIMBAP

Assalammualaikum,

Seperti yang telah saya janjikan di fb page saya, Adhlia's Perfume Paradise beberapa hari lepas, jadi hari ini saya nk ajar pulak pembaca-pembaca semua buat bibimbap..

Peminat-peminat Korea mesti tahu lah ape benda bibimbap ni, bibimbap ni sejenis nasi campur ..Rasa dye pon boleh tahan la..

So saya malas nk cakap banyak lagi, mari kita mulakan!!

Untuk memasak bibimbap ni, kita perlukan:

1. Nasi yang telah dimasak. 
2. Sayur-sayuran (tauge, spinach, lobak merah, zucchini, kosari, cendawan shitake)
3. Daging 
4. Telur mata
5. Pes cili/ sambal cili
6. minyak bijan
7.garam
8.bawang putih

* Jenis sayuran tu bukan wajib seperti dalam resipi ni. Boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing-masing. Boleh guna bendi, lada benggala, salmon, cendawan tiram, bayam dll..


* kalau x ade zucchini, boleh digantikan dengan terung, timun atau labu..tapi say prefer terung bulat..kosari kalau x de pon x pe..



Nasi
bahan
Beras (Kalau nak feel nasi sebenar, guna beras short grain/ calrose rice/ beras sushi)
Air 

Cara:
Masak nasi guna rice cooker aje. sukatan air ikut cara kita masak nasi biasa.
......................................................................................................................................
Tauge 
bahan:
2 genggam (longgar) tauge
1 cawan air
1 tsp garam
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit minyak bijan

Cara :
Bilas tauge 3 kali.
Masukkan tauge ke dalam periuk bersama air & garam. Rebus dalam 20 minit.
Toskan.
Gaul dengan bawang putih, minyak bijan & secubit garam
Susun di atas platter.
......................................................................................................................................


Spinach
bahan:
1 pek spinach
secubit garam
1 tsp kicap cair
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit minyak bijan

Cara :
Masukkan spinach ke dalam periuk dengan air mendidih. Kacau 1 minit.
Bilaskan dalam air sejuk/air paip beberapa kali dan perah perlahan.
gaul bersama garam, kicap cair, bawang putih dan minyak bijan.
Susun di atas platter.
......................................................................................................................................


Zucchini
Bahan:
1-2 batang zucchini - dipotong mancis /guna penyagat je
secubit garam

Cara:
Gaul zucchini dengan secubit garam. Biar beberapa minit.
Saute zucchini dalam non-stick pan dengan api kuat sehingga agak layu.
susun di atas platter.
......................................................................................................................................


Kosari / fernbrake
bahan :
2-3 cawan kosari - dipotong 5-7cm panjang
1 tsp minyak masak
1/2 tbsp gula
1 tbs kicap cair
sedikit minyak bijan

Cara:
Panaskan minyak masak dlm non-stick pan. Saute kosari sekejap.
Masukkan kicap cair & gula. kacau 1-2 minit.
Tambahkan minyak bijan, gaul dan susun dalam platter.

*Kosari ni ada dijual di kedai grocery korea dalam bentuk kering dan telah siap direndam. 
Kalau beli jenis kering, perlu rebus dulu dalam air mendidih selama 30 minit dan kemudian 
biar terendam selam 6-8jam. (1 cawan kosari kering = 20 cawan air)
......................................................................................................................................


Cendawan Shitake
Bahan :
5-7 biji cendawan shitake segar/ kering - dihiris nipis
1 tsp minyak masak
2 tsp kicap cair
1-2 tsp gula
sedikit minyak bijan

Cara:
Saute cendawan bersama minyak masak (dlm non-stick pan)
Masukkan kicap cair, gula & kacau selama 2 minit.
Tambahkan minyak bijan dan kacau sekejap.
Susun dalam platter.
......................................................................................................................................


Daging cincang/kisar
Bahan:
200g daging cincang/kisar - saya guna daging kisar Ramly tu je, sekeping ngam2 200g.
sedikit minyak masak
4 ulas bawang putih - dicincang
1 tbsp kicap cair
1/2 tbsp gula
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak bijan

Cara:
saute daging bersama minyak masak.
masukkan bawang putih, kicap cair, gula, serbuk lada hitam & minyak bijan.
Kacau hingga masak.
Susun dalam platter.
......................................................................................................................................


Lobak merah
Bahan:
1 batang lobak merah (saiz kecil) - dipotong mancis/ guna penyagat je

Cara:
Saute lobak merah dalam non-stick pan selama lebih kurang 30 saat.
Susun dalam platter.
......................................................................................................................................

Telur Mata Kerbau

yang ni tau buat kot..huhu



Cara menghidang :
1.                     Letak nasi dalam mangkuk yang besar.
2.                     Ambil sikit2 semua sayur-sayuran & daging tadi dan susun di sekeliling mangkuk         (atas nasi)
3.                     Letak telur mata kat tengah-tengah
4.                     Hidang bersama minyak bijan & pes/sambal cili

yang ini bibimbap yang saya buat..letak dlm bekas kecik,
x de tauge and kosari and zucchini digantikan dengan terung

Sekiranya tak minat nak makan dengan pes/sambal cili, boleh cuba sos ni..
......................................................................................................................................


Sos Yangnyeomjang :

Bahan:
4 batang daun bawang - dihiris nipis
1/2 cawan kicap cair
1 tbsp bijan
2 tsp gula
1 tbsp minyak bijan

Cara:
Kacau semua bahan dalam mangkuk dan hidang.

*hati-hati, gula jangan banyak sangat, haritu saya terletak banyak gula, jdi manis and x kene dengan tekak saya..huhu

......................................................................................................................................


Ok kalau nak dapatkan resipi asal boleh la refer kat SINI..

Selamat mencuba, kalau jadi tag la nama fb page kami di gambar anda..saya nk tgk..huhu
sampai sini sahaja ok..Terima Kasih sebab sudi baca ..Share2 la ilmu ni kat kawan-kawan ye..

Jangan lupa like, share and klik nuffnang saya..huhu :D




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...