Saturday, July 2, 2011

Hari Sukan MGS ke-64!!

Assalammualaikum readers...

Hari ni hari sukan sekolah aku, aku x la terlibat dalam acara larian or ape2 aktiviti yang berkaitan dengan hari sukan ni. Tapi, memandangkan tahun ni ialah tahun akhir aku kat sekolah ni, aku telah pon menabur bakti kepada sekolah. (hahaha nk bangga sikit)

Sukan sekolah kiteorang telah digabungkan dengan event 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, aku ngan kawan 2 aku dah dipilih untuk conduct senamrobik. Sangat seronok.
http://www.emocutez.com

Then, aku ngan kawan aku jadi garbage girl, kerja kiteorg kutip sampah la sekitar sekolah. Sebenarnya kiteorang ni bukan la sukarela nk bertugas hari ni, kiteorg telah DITIPU. hahahha.

Al-kisah nya macam ni,
Semalam, datang la sorang budak Puteri Islam, dia minx tolong kiteorg jadi penyambut tetamu, so kiteorg yang kesian tengok muka dia yang desperate tu, kiteorg pon dengan rela hati membantu. Oh bila tiba harinya, tetamu ntah kemana, plastik sampah yang kiteorg dapat. So dengan rasa tanggungjawab aku pon mengutip la sampah-sampah yang ade sambil membebel kepada orang ramai agar membuang sampah ke dalam tong sampah.hahaha

Tugas aku yang kedua pulak, aku kene jadi jaga kat gate, x bagi budak-budak balik awl. Memang susah, aku siap peluk-peluk pagar sekolah tu sebab x nak bagi dyeorg kluar, hahaha. Macam2 cubaan untuk balik yang dilakukan oleh manusia2 yang x paham bahasa melayu. Paling aku x boleh bla ialah bila sorang mak cik or kakak( aku x tau status dye mane stu) cakap dye ade hal, katanya nenek sakit. then buat muka marah2 suruh anak or adik(aku x tau hubungan dyeorg) dye kluar pagar tu. Aku nak wat ape, aku pandang je ank dye tu dengan muka yang menunjukkan aku x percaya. Tapi kalau betul la nenek dye sakit aku doakan nenek dye sihat balik. Cucunya sgt syangkan dye.

Aku ikhlas bertugas hari ni, walaupon niat aku nak dapat merit mark, tp aku still ikhlas. Sepanjang 5 tahun aku kat sekolah ni, aku x pernh ade tugas tuk hari sukan. Tp memandangkan tahun ni tahun last aku join gak tuk tolong cikgu. Ni satu pengalaman yang berharga sebelum aku tinggalkan sekolah ni.

Ok la people, aku choww dulu, thnks for reading, tekan like button jika suka.hehehehttp://www.emocutez.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...