Friday, September 16, 2011

Bertudung Tapi berberbogel??...=="

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Okay, 1st of all aku nk ucapkan SELAMAT HARi MALAYSIA!! yay


Korang tengok tajuk tu. Aku bukan nk tunjuk gambar x senonoh ye. Aku nak cerita skit tentang tajuk ni. Tak puas hati betul aku tengok gadis-gadis melayu, islam yg bertudung tapi berbogel ni..


Berdasarkan kamus dewan yang ada dalam otak aku ni. Bertudung bermaksud seorang perempuan islam yang menutup kepala atau aurat di bahagian kepala a.k.a rambut. Berbogel pula membawa maksud tidak berpakaian..<


Skang ni dah macam - macam fesyen tudung ade..Tudung style hana tajima la, style Maria Elena la, Turban la(paling x ske style ni, peliks gilerrr) n macam2 lagi yang hampir kesemuanya aku x reti cara nk pakai..huhu.Cantik tudung2 ni..Tudung ni dah kira sah la, sbb menutup dada especially style hana tajima n maria elena tu..Tapi sayang, bila dah tutup dada, badan pulak terdedah..ape cer??


Tadi aku pegi Ipoh Parade ngan adik aku, biasa la jln2 kejap kan..x beli pape pon. So tengah aku jalan2 ni, nmpak la 2 org gadis cantik, kecik molek, comel lote, putih gebu..hehe..jalan depan aku..dyeorg pakai tudung macam sape ntah, cantik..aku ske style tu.. Tapi, pakaian plak spoil..punya la ketat..sluar ketat, baju ketat.. dah la bju n sluar ketat, tuck in masuk dalam plak tu..haish..so nmpk la segala shape body dye..Ok fine body ko cantik, x yah la tayang kat org macam tu skali.


Aku x cakap la aku perfect sampai pakai bju labuh2..at least aku pakai bju longgar dan menutup bhg pinggul..Body aku x shantek macam kalian, tp x bermkna bila body dah cantik, aku akn pakai camtu..aku pakai pakaian yg macam tu sebab agama yg suruh..Allah suruh kita menutup aurat. Memakai pakaian yang sopan. Allah berfirman :

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)


Dan antara sebab lain ialah aku rasa lebih selesa dan selamat bila berjalan sorang2 kat shopping complex..Sebab x ada mata-mata keranjang yang akan pandang aku dengan bernafsu.uish, minx simpang..


Aku nak cakap lebih2, aku ni bukan bagus sangat..Tapi nasihat aku pada pembaca2 blog ni dan wanita2 n gadis2 diluar sane and x ketinggalan tuk diri sendiri gak, menutup aurat buat cara tutup aurat betul2. Jangan buat kesilapan2 ringan macam ni :



KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Aku copy paste je yg ats2 ni. Tengok la zaman sekarang, anak tudung pon dah ade siap ngan sanggul..SEdih bila aku tgk mereka2 ni berbonggol unta di kepala..Mereka ingat mereka cantik ade bonggol macam tu..Haish ape la nak jadi..berfesyen tu boleh..tp jangan la sampai jadi hamba fesyen, Ikut je apa fesyyen terkini secara membabi buta. Allah bagi akal untuk fikir mane baik mane buruk..bukan ikut je..

Korang rase cantik ke berbonggol unta mcm ni?

Dan ini? Adakah menutup aurat?
Bukankah aurat  perempuan
Dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tangan?
Maaf kalau ade yang terasa. Tapi niat aku hanya stu, berdakwah secara kecil-kecilan macam ni.Kerana dakwah itu wajib.Bila aku nasihatkan org secara x langsung aku muhasabah diri aku gak..Kalau ade yang tersedar, syukur Alhamdulillah..


Bagi kaum2 hawa diluar sane termasuk diri ku sendiri, marilah kita berusaha menjadi wanita solehah.Kerana aku percaya satu hadis Rasulullah:

 Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik


Jadi, untuk mendapatkan seorang lelaki yang baik, kita mestila menjadi perempuan yang baik terlebih dahulu.Betul x?

Ok la, sampai sini shja la entri aku hari ni. Aku minx maaf la klu ade yg terasa. segala yg baik dtg dari Allah.dan segala yg buruk itu mmg salah aku..Thnks for reading

p/s:Tekan la butang like kat bawah..korg pon akan kira berdakwah gak..





1 comment:

Anonymous said...

salam saudari...mohon maaf atas kata2 yang akan dilepaskan....first of all,jangan main dgn hukum Tuhan...ape yang dikata itu benar....memang tidak dapat dinafikan tetapi Miss Blogger itu sendiri tidak mencerminkan apa yang dikata....sebagai contoh,ble membaca ruangan bertudung tetapi berbogel saudari,teman terlihat gambar saudari di atas...adakah mata teman yang kabur atau......renung2 kan lah....moga ape yang dikata diterima dgn positif n niat teman hanya nk menolong sesama umat....salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...