Assalammualaikum
dan Salam Intelek (chewahhh, hahaha)
Semalam
cukup la seminggu kami freshie2 UM menjalani Minggu Haluansiswa di
University Malaya , university tertua dan terbaik di Malaysia.!!!
Kalau
aku disuruh describe minggu haluansiswa ni dengan hanya satu
perkataan, aku akan cakap FANTASTIC!..Serious aku cakap...Biasanya
minggu orientasi ni slalu ade ragging2, tp kat sini x ade..denda tu
ade la sikit, tp rilek je la..Bukan ragging ikut suke suki hati
senior je..
Lupa
nk cakap, aku dapat Kolej Kelima-Dayasari.. Kolej ni memang best
gila, walaupun dye kolej yang tua..Fasiliti sukan dye pon, aku tengok
mmg terbaik la.. Bilik aku berkongsi dengan tiga org lagi, n
malangnya aku dpat katil tingkat atas, paham2 je la..tuk si chubby
cam aku ni, payah sikit la kan, Sikit je k! Tapi aku tengok yang
positif la, dengan katil aku berada di tingkat atas ni, akan ade la
satu harapan agar aku kurang tidur dan berlingkar-lingkar di
atasnya..hahaha. Dan bilik dye memang sejuk, macam ada air cond.
Kolej Dayasari ni jugak ialah kolej Palapes, di mana pelajar-pelajar
Palapes ditempatkan disini..
Cukup
pasal kolej, jom cakap pasal minggu ni pulak.. Setiap hari, rutin
kiteorg ialah akan bangun pukul 5 untuk siap2 pegi smbhyg subuh di
surau, berjemaah. And berlangsung la one whole day punya event..mmg
busy, sampai mandi pon x sempat, kiranya mandi sekali sehari je la..
Memang sume pon busuk la kan..haha.. Yang paling bestnya, kiteorg
kene jalan kaki dari KK5 pegi DTC (Dewan Tunku Cancelor), lebih
kurang la 1 km..bukan jalan lenggang lenggok tu kiteorg kene berlari
gak nk make sure x de gap dalam barisan and nk cepat smpai..Tp aku
rilek je, sbb aku fikir dah lama x exercise kan, so ambil je peluang
yang ade and enjoy je..
Aktiviti
paling aku suke ialah Cheers la, aku klu bab cheers mmg semangat, aku
jerit sepuas hati, release stress katakan, tp aku x stress mana pon
hahaha.. Cheers kiteorg mmg gempak, lain dri yang lain, masa last
day, aku rase cheers kiteorg dah buat yg terbaik, tp aku x puas hati
gila dengan satu KK ni, yg bawak alat yg bising gila cam kat stadium
tu..mana nk lawan suara kami dgn bunyi bnda tu..Tenggelam suara kami
tau :( Anyway, let bygone be bygone je..aku masih happy..
Aktiviti
kat fakulti aku pon best jugak, aku tgk profesor2 kat sana macam
baik2 je..harap la dyeorg nnt ok.. and of coz la dyeorg ok kan, sbb
dyeorg kan Professor UM! Hehehe.Berpeluang berbual-bual dengan
alumni, and tanya ape yg terlintas dalam kepala otak ni kan..Memang
best la. And ak rasa aku memang lebih banyak bertanya sepanjang
minggu ni..almost every Q&A session ade la muka aku
bertanya..That's is a very good improvement from me. Wow, only one
week, and I’ve change?..What will happen to me for the next 3
years?
And
yang paling bestnya, dan paling x disangka-sangka pihak UM ade jemput
alumni-alumni yang berjaya contohnya, Pandalila, Aznil Hj Nawawi, and
sorang menteri telekomunikasi. Paling best skali time Pak Nil bagi
ucapan la.. Rasa memang best dan terharu sgt smpai dh sebak sikit
dah.. Semangat aku terus dibakar lagi..
Aku
terpilih untuk buat sketsa Bahasa Malaysia, kiteorg berlakon tuk
sketsa isteri derhaka..Aku ambil cabaran ni untuk berlakon sesuatu
yang aku x pernah buat..Jadi aku ambil watak utama Mak Leha, dan PM(
pemudahcara mahasiswa) lantik aku jadi ketua untuk group ni..Yang
bestnya, semangat kerjasama dalam group kami bg aku sgt
hebat..Walaupun pada mulanya, kawan2 malu, suara x kuat..tp bila dah
bertanding.. Ya Allah, dyeorg sgt ohsem bg aku..Walaupon KK5 x
menang, tp aku tetap bangga sebab audience kami ketawa dan juri
tersenyum.. Aku bersyukur.
Terlalu
banyak pengalaman berharga sepanjang minggu ni.. PM-PM KK 5,
Subhanallah, BAIK GILA.. Aku dapat rasa keikhlasan, semangat,
keceriaan mereka.X tau nak cakap ape dah, tp dyeorg mmg jaga kami
dengan sangatx10 baik.Rasa nak nangis sbb terharu pon ade..Klu boleh,
nk antar je sume PM aku ni naik ats pentas ambik award,Yang
lawaknya, on the last day of the week, kiteorg kene denda lagi, aku
cam blur2, apsal tetiba ngamuk ni, dh la last day..cakap kiteorg
lambat dtg court dri surau, aku pikir, x de la lambat sgt sbb mmg bru
sgt habisnya..Lepas kene denda kene marah bagai, tetiba dengar org
nanyi lagu tema kolej kiteorg, rupa-rupanya, sume tu tipu je,drama yg
dyeorg cipta and nama dan course dyeorg yg kita tau pon tipu jugak,
tp ape nk buat, nama tu mmg lekat la kat aku, sbb aku x igt nama
betul dyeorg..Paling sentap sekali, mostly umor dyeorg 20-23 je..aku
x sentap sgt la, sbb aku muda..yg freshie2 umo 20 la sentap
habis..hahahaha..Tapi aku faham kenapa dyeorg buat camtu, klu x buat
camtu, of coz, yg sebaya ni x kan respect and dengar cakap punya la..
Aku simpan cerita yang
terbaik tuk akhir sekali, bak kata orang putih, keep the best for the
last? Ah lebih kurang la ayat dye kan.. Ok, cite dye camni, tgh aku
syok-syok layan org berceramah kat depan, PM panggil aku.. aku pon
cam blurr la..apsal tetiba ni..dlm otak dh fikir, aku ade buat salah
ke? Setahu aku, aku la yg paling baik skali kat KK 5 ni hehehe ( x
bleh bla kan? Hahaha).. Pastu, Ketua PM cakap, awk ade buat salah ape
ni, smpai dyeorg panggil? Tp aku confident je, aku x buat salah ape2,
dan KPM tu pon bukan la pelakon yang hebat, hehehe so aku tau ni
mesti ada something ni.. Ada jugak la wakil dari KK lain bersama aku,
pastu HEP cakap kiteorg terpilih makan dengan TIMBALAN PERDANA
MENTERI!! hahaha nmpk x jakun dye kat situ? TPM ni pon alumni UM, sbb
tu dia datng untuk rasmikan Radio Umalaya.. So aku berpeluang la,
makan semeja..walaupon x berborak sgt sbb aku duduk selang 3 org dari
beliau, tp aku dapat duduk sebelah Datuk Rohana, HEP UM..Dapat
berborak dengan beliau pon best sebab dia friendly je dengan kami. So
ini peluang boleh dikatakan sekali seumur hidup la..Terima Kasih sgt
la pada pihak yg sudi pilih aku..
So overall, MHS 2013/2014
SANGAT OHSEM!!!!!!!!! #UMisone
Terima kasih banyak-banyak
pada PM-PM KK5, PM sentral dan Pihak UM sendri yang telah berjaya
menyemai rasa cinta pada UM dan semangat belajar dalam diri saya
dalam masa seminggu sahaja..CONGRATULATION!!!
No comments:
Post a Comment