Monday, January 20, 2014

GUNUNG CHABANG (18-19 JAN 2014)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

Biasa la, permulaan post akan aku mulakan dengan ayat cliche ini
"Dah lama x update post. dah bersawang blog aku ni."
Oh yeah, mmg itu ayat yang sentiasa digunakan.

Ok berbalik pada topik asal, berdasarkan tajuk diatas, aku akan menceritakan tentang pengalaman aku mendaki gunung chabang. Tapi sbelum tu, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan pada kita semua untuk masih bernafas dan mencari sebanyak2 bekalan untuk akhirat kelak. Semoga Azam tahun baru kita, tidaklah hanya bersifat duniawi semata..Niat dalam hati, nak jadi muslim yang lebih baik, banyakkan da'wah walaupon hanya dengan satu perkataan.

Tamat sudah tazkirah kita, hahaa.

Gunung Chabang, adalah sebuah gunung yang rupa-rupanya hanya berada sekangkang kera sahaja dari rumah aku..20 tahun aku hidup dan membesar disini, tidak pernah ku tahu kewujudan gunung ini..Ia terletak dekat perkampungan orang asal, atau dahulunya dipanggil orang asli la yang bernama Kampung Pos Slim, kene lalu jalan nak pegi cameron Highland, jarak masa perjalanan ada la dalam 30-45 minit

Aku ini, bukanlah hikers sejati, tempat paling tinggi aku panjat pon masa zaman aku budak hingusan dulu, mase tu panjat bukit belakang rumah orang, itu pon mak cik2 kampung kata aku ni lasak, bukit tu tinggi dia, ade la dalam 2 minit mendaki..hahaha. actually ade jugak panjat hutan kat chemor, tapi tu jungle trekking la.

Tetapi ini aku, aku suka cuba benda baru, boleh buat, atau x boleh buat, itu sume belakang kira. Masa mula2 aku masuk UM dulu, aku ada masuk satu group di FB, iaitu group hiking, yang namanya Genk Speed Gunung. Dan inilah kali pertama aku mendaki bersama mereka bila aku diajak oleh Abg Ash, aku setuju saja.

Kumpulan pendakian ini terdiri dari 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan, yang perempuan sume comel2 saiz badannya, aku je jenis baka yang besor T.T. Kami mula mendaki pada jam 8.45 pagi dengan dibantu oleh pak cik orang asli yang berumur 70 tahun. Kami sangka dia nak tunjuk pintu masuk je, rupa-rupanya dia bawak sampai suku perjalanan kami iaitu hingga 1st water point. Dengan x warm up-nya, terus mendaki, dan mula-mula start saja gunung ni dah pacak ( ini perkataan aku belajar dri mereka), pacak tu kira cam tegak gila la..Terkejut otot-otot aku. Pak Cik tu pulak, rilek je, memang laju betui dia..

bergambar sebelum mendaki :)

Selepas rehat beberapa minit kat 1st water point, amik air dan sebagainya, kami mulakan semula perjalanan kami.Seingat aku, dari kampung tu nak ke 1st water point amik masa lebih kurang 2 jam. Seorang hiker, dia ade bwk sejenis alat macam gps Muhammad Fathi, yang menunjukkan bentuk muka bumi gunung tu, dan berdasarkan alat tu gunung Chabang ni memang memacak sahaja, most of the time.

Kaki mula sakit setelah lama berjalan, mungkin x biasa mendaki, bersenam pon amat jarang sekali, otot2 ak terkejut beruk dengan kerja keras yang aku berikan pada mereka. Sakitnya bukan pada betis, bukan jenis kejang2 tu, ni jenis mogok punya, aku x tau la ape jadi kat otot tu, tapi masa nak angkat kaki, Subhanallah, berat sangat2.Udah lah memang kene angkat kaki, tinggi plak tu kene angkat sebab dia memacak kan, Allah je tahu sakit dia camne.. Ini bukan merungut, ini menceritakan pengalaman..haha. Disebabkan kesakitan ini, aku la hiker paling lambat sekali, dan ade 2 orang kene ikut aku..Kesian diaorang dah biase naik laju, terpaksa tggu aku..Kalau ikutkan hati, nak saja aku suruh mereka pergi, tapi idak la aku sebijak itu, sesat kang, aku yang susah, tp kalau suruh pon mereka x kan pergi.. "We are in this together", bak kata omputih. Lebih kurang macam tu prinsip mereka yang dapat aku perhatikan.

Masa mendaki tu, habis sume zikir aku baca, cari kekuatan, mintak nyawa. Kebergantungan pada Allah, 200%, jalan kat situ, ada yang sempit, silap langkah bergolek lah macam nangka busuk dalam gaung.. Nauzubillah min zalik. Kami sampai last water point pada jam 2.20 petang. Kalau x de aku, mungkin mereka sampai awal lagi, haha.. Tapi x pe, Alhamdulillah, sume sampai dengan selamatnya. Cerita pasal beg, aku x kan cakap beg aku berat, pasalnya, aku tengok beg diaorang lagi la, mau 2 -3 kali ganda berat dari beg aku ni.. macam2 diaorang bawak dalam beg tu, khemah, fly, mknn, dapur dan sebagainya, kuat betul diaorang ni.. Aku? aku bawak barang aku je :(

rehat sebentar sebelum mendaki
baju merah : abg Ash
baju kuning : muhammd fathi
tudung purple: kak salmi

dri kiri: kak mimah dan kak dayah
baju biru: Yazid
sorg agi kat blakang tu, Farhan aka Kadet :p


Khemah yang mereka pasang, Abg Ash tgh buat roti canai..
Daebak!

Dah siap khemah sume, boleh la berehat2 sekejap.. tapi aku x leh nak tido pon, aku tgk orang lain x tido. so aku pon cuba la tolong2 mana yang mampu. Tolong masakkan roti canai tu ..sedap jugak roti canai tu, sepatutnya makan untuk malam, tapi sume dah geram tgk roti canai tu, diaorang pon ngap la tengah panas2, makan dengan gula..Diaorang masak nasi impit dan panaskan kari ayam dalam tin, nasi impit dan kari ayam makan tuk malam, + makan maggi, Fathi dari petang tu x habis2 nak makan maggi, hahaha, dpt jugak akhirnya..Sedap, mknn sume sedap, pandai orang yg masak tu + plus rajin sangt, dri petang sampai malam, dia yg masak sume bnda. Kata mereka, itu lah trip mereka paling rileks sekali, makan banyak, sampai pon cepat.. x dapat aku bayangkan trip diaorang yang lain macam mana, ini pon aku rse dh mencabar amett.hahaha..

Kami tido dalam kul 10 lebih nak dekat kul 11 kalau x silap..itu pon deme masak lagi tuk tengah hari esok punya..Malam tu aku tido hujung khemah, perempuan tido dalam khemah, lelaki tido kat luar khemah, kat fly tu..X lena sangat tido, maybe sbb sejuk + kaki aku yg sakit tu, buat lagi x slesa nak tido.. Cadang bangun dalam kul 4.15-4.30 tapi akhirnya, kami bangun kul 5 ++, kemas2 barang skit dan mula bertolak untuk ke puncak.. Ya Allah, cabaran lagi, dengan sejuknya, dengan kaki sakit dan kene naik memacak lagi. macam biasa, aku la yang paling lambat.. mula2 tu penat la, lama2 penat tu x rase sangat tp sakit.. Sian mereka kene tggu aku. :( Kami sampai puncak yg 1st tu dalam kul 6.50 camtu rsenyer,masa tu dh nampak dah bayangan matahai terbit, tapi kami naik atas lagi sikit, sbb nak solat. Alhamdulillah, walaupon kat ats gunung tu pon, kami diizinkan solat jemaah Subuh.

nampak sikit dah chaya matahari

antara view dari atas sana

nak buat 360 punya view, tp hujung kanan ni pelik plak.haha

View dari atas, SubhanAllah, mmg cantik, nampak lapisan2 gunung..
Matahari sudah naik

Senyum sikit :)

Tingginya aku naik, Alhamdulillah, berjaya sampai, walaupon lambat.

kakak2 comel yg supporting dan baik hati

Selepas solat dan melihat matahari naik, kami teruskan perjalanan untuk smpai ke puncak.. lebih kurang 700m lagi ke atas, 700 m pon rase macm jauh sangat, dengan kelajuan seprti siput, macam biasa, aku diikuti oleh dua orang kawan, Fathi dan Farhan, diaorang jaga aku smpai la ke puncak. Semasa perjalanan naik, keadaan hutan cantik sangat, bak kata Farhan, macam dalam cite Alice in wonderland atau Hobbit.. haah aku pon rse cantik sangat, dengan lumut2 hijau dia. Jalan dia banyak yang lecah, mungkin sebab hujan, kasut aku dh banyak kali termasuk dalam lumpur tu.. Jatuh pon x payah cite berape kali kan.. haha. Sampai je ke puncak aku terus menangis teresak2 gitu macam Izzah dalam Ombak rindu ( haha, tetiba je). Aku menangis pon bukan sebab terharu smpai puncak, tapi aku kesiankan 2 orang td, terpaksa tggu aku, kalau aku x de mesti diaorg dh smpai dengan yang lain2.. waaaaaa. Kami sampai di puncak lebih kurang 8.40 pagi. Makan breakfast sikit, bergambar sikit, dalam 9.15 kami mula turun. kali ni aku dijaga oleh Abg Ash dan kak Salmi..dari naik semalam hingga lah nak turun, masa turun bru aku nangis..haha..

sampai jugak kami di puncak

breakfast + minum kopi.. aku x de mood nak mkn, lps nangis..cubit sikit2 je

farhan: kawan yang teman kat belakang


Ondaway nak turun tu, aku bersembang la dengan kak salmi, dengar sikit pengalaman dia, ade cerita orang hilang kuku la, kasut rosak la.. risau pulak aku, haha..masa tgh turun tu, baik punya kaki masuk dalam akar kan, pastu bila angkat kaki tu, kasut pulak tertinggal kat dalam, aku x tau la lubang ape aku masuk tu, kasut aku langsung x nampak bayang, dalam betul..Aku dah risau, jenuh la kalau x jumpa kasut, jauh kot nak balik lagi..nasib abg Ash ade, dia cantas2 akar tu dan guna kayu nak amik kasut aku. Alhamdulillah.. Yang lain dah sampai campsite..diaorang dh start kemas2 untuk balik. Dah siap pack2 barang, dalam kul 11.40 aku dan Yazid turun dulu, kali ni dia pulak jaga aku, aku turun dulu sebab aku ni kan yang paling lambat, ade la dalam 40 minit aku turun, aku dengar bunyi dri ats, Ya Allah, udah la smpai sorg lagi, kak mimah dh smpai, pastu diikuti kak dayah, aku x tau la.. cepat betui diaorang ni. last2 yang lain yg turun kemudian semua potong aku, haha daebak..diaorang mmg laju, sesuai sgt nama Genk Speed Gunung :p

Masa turun, otot aku x sakit sangat macam masa naik, tp tempat lain pulak yang sakit, sbb balik ni banyak menurun, ibu jari tu banyak la kene tekan kat kasut kan, tahan2 jugak, penat pon ade, aku dok risau kuku tercabut ja, haha.. Lepas yang lain sampai, Yazid turun dulu, kak mimah ganti, jaga aku pulak.. pastu kak salmi dan Abg Ash jaga sampai habis. Ok, dah macam ape je ade penjaga kan, tp nak buat camne, aku ni newbie..

Dah sampai bawah

sungai yang ku tunggu dari ats lagi, tanda pengakhiran xpdc ini

Kami mengambil masa lebih kurang 4 jam tuk turun dari campsite. Aku tiba disini jam 3.30 ptg. yang lain awal lagi dari aku la, ofcoz, haha..Kiteorg rehat, mandi manda (perempuan dan laki mandi asing ye, lelaki mandi jauh nun dimana entah).Orang asli yang kami jumpa sume ramah belaka. Dalam pukul 6.30ptg, Abg naquib datang amik kami.. kami pon balik dan ke balai polis dan membuat laporan yang kami dah selamat sampai. Dan aku jemput mereka makan kat kedai depan rumah aku sebelum diaorang balik, belanja sikit la, tanda terima kasih..

menunggu makanan untuk mengisi perut yang lapar


Apa-apa pon, aku bersyukur sangat, sebab Allah mudahkan perjalanan . x ada kes yang serious berlaku. Berterima kasih teramat sangat pada Abg Ash, Yazid, Fathi,Farhan, kak salmi, kak dayah, dan kak mimah, sbb jaga saya dengan baik dan bersabar dengan kelemahan saya ni, walaupun kita x pernah kenal, anda semua terlalu baik pada saya..x lupa jugak abg naquib sbb tolong hantar dan ambil kami disana. Terima kasih Abg Ash sebb bagi peluang ni pada saya.. Walaupon mencabar, sekali pon saya x akan pernah menyesal. Harap yang menjemput x menyesal ajak saya. hehe (macam award ceremony punya speech kan?)

Saya belajar erti kerjasama, saya belajar erti sabar, saya belajar erti persahabatan.. Saya melihat kebesaran Allah dari tempat tinggi. Saya bergantung pada Allah , Allah hantar kalian untuk jaga saya.. Terima Kasih banyak2. Dan maaf seribu kali maaf :')

p/s: sekarang aku berjalan seperti orang baru lepas pantang, nasib x pakai stokin dengan letak pilis kat dahi je, klu x perfect dah, gaya sume ade. Maafkan aku otot2, hahaha










7 comments:

Je suis un combattant said...

Pendaki tegar vs traveller tegar? Mana satu pilihan hati. Huhu

Aqilah said...

traveller tegar dihati ku

saljurindu said...

ya Allah bestnya pengalaman uda.. :)

saljurindu said...
This comment has been removed by the author.
saljurindu said...

ya Allah bestnya pengalaman uda.. :)

Aqilah said...

Haah, memang best pengalaman ni..tp penat la..huhu

Unknown said...

TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
KHIDMAT GUIDE GUNUNG BERLESEN
KHIDMAT MELIPUTI:

-permit pendakian
-laporan polis
-jurupandu arah berlesen(guide)
-kit perubatan(asas)
-walkie talkie
-khidmat 4x4 transport
-rundingan persediaan pendakian

ANDY
017-9997790
whataps/sms/call

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...