Alahmdulillah, tahun ini bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang mulia.
Azam Ramadhan ku tahun ini adalah:
- Melaksanakan solat sunat terawih cukup 29 hari jemaah atau sendiri( semalam dh ter-miss sehari T.T)
- Membaca Al-Quran lebih kerap, and nak khatamkan lah, since sekarang pon dh Juzuk 29.IAllah.
- Istighfar banyak2.
Ramadhan tahun ini berbeza sedikit dengan Ramadhan yang sebelum ini, tahun ni, IAllah aku puasa sepenuhnya di rumah sebab sekarnag tengah cuti semester. Dan tahun ini juga aku kene jaga ibu yang sedang sakit.
Pada 26 Jun yang lalu, ibu menjalni pembedahan pada lutut kanan. Pembedahan ini dilakukan kerana kaki ibu dah sakit sangat. Jelly yang ade pada lutut ibu dah habis.So setiap kali berjalan ibu akan rasa sakit.
Pembedahan dilakukan di Hospital Slim River, sebab kat Hospital Ipoh terlalu ramai orang.
Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar sekali. Ibu diwadkan selama 6 hari.
Semalam, 2/3/2014, adalah hari ibu dibenarkan keluar wad. Tapi sejak semalam, kaki ibu mula bengkak, dan membuatkan kaki ibu bertambah sakit. Badan mula panas , tp sekarang dah kebah sikit. Berat mata aku melihat ibu begitu. Nak baring lama, sakit. Nak duduk lama, sakit. Nak berdiri lama, apatah lagi, sudah tentu jauh lebih seksa.
Aku tidur dibilik ibu, sebab ibu kerap benar ingin ke tandas untuk buang air. Boleh dikatakan hampir setiap jam sepanjang malam. Aku x boleh nak harapkan abah sangat, dia pun bukan sihat sangat.
Apa-apa pon aku x boleh biarkan emosi menguasai diri. Setiap kali aku dengar ibu menangis, aku kuatkan hati, aku x boleh nak menangis sekali dengan ibu. Walaupun berat mata aku memandang, berat lagi bahu ibu yang memikul, ak x mampu nak beri kata-kata semangat, kerana aku x tahu betapa seksanya dia. Jadi, aku biarkan sahaja ibu menangis, mungkin dengan itu, dia dapat kekuatan, aku hanya boleh bantu setakat mana yang dia perlu. Harap adik beradik yang lain boleh berikan kata-kata semangat, kerana aku sejak azali, memang x reti nak bagi kata2 semangat.
Semoga Allah beri kekuatan kepada ibu, dan berikan kesembuhan kepada ibu. Dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa ibu.
I love You Ibu, deep in my heart i always do.
No comments:
Post a Comment