Wednesday, June 15, 2011

Trial Spm Dah NAk Dekat!!

Assalammualaikum to all my dear readers..

p/s: hari ni aku nk guna nama aku sbg kata ganti nama diri pertama-Ila. Motif? saje je, buang tebiat

Hari ni Ila nak cakap pasal Trial Spm la. Ila sebenarnya takut ni nak trial . Dulu time PMR ila x kisah sangat pasal trial sebab x ada bawa apa-apa faedah pun time tu. Tapi tahun ni, ila takut, sebab keputusan Trial ni la yang ila akan guna untuk apply mana-mana Universiti and scholarship. Tengok markah Peperiksaan Pertengahan Tahun lagi la buat ila bertambah risau.

Macam mana trial nanti markah ila sama macam sekarang? Nanti x ada siapa pun nak ambil ila masuk universiti diaorang. Ila nak sambung belajar kat luar negara, kalau x ada scholarship, musnah la impian ila. Ila x nak masuk form 6, sebab ila dah bosan pakai baju sekolah. Kalau masuk form 6, kena belajar lagi 2 tahun kat sekolah. ILA X NAK!!!

Ila sedar, ila kena start study dari sekarang, tapi ila x tau la, kenapa la ila ni allergic sangat nak terkurung dalam bilik and study. Ila rasa macam x ada life kalau study je. Bodoh sangat pemikiran cam tu. Macam la kalau ila x study ila ada life yang sangat menarik.

Aqilah Shah, ko nak x de life sekarang ke ko nak x de life lepas SPM? Orang lain masuk U, ko duk rumah, kerja kat 7-eleven, Mc D. Seronok sangat ke life cam tu?Kata nak kaya, 10 tahun kerja kat Mc D pon x akan kaya la wei.

WAAAAA, ILA TAKUT!!!!


Ila nak study, nak sangat. Tapi bila ila pikir nak study, mula la mengantuk tu datang, segala penat dalam badan terkumpul membuatkan ila terus x semangat nak study. Ila buat jadual belajar, satu pun ila x ikut. Kadang-kadang, ila x selesa nak study dalam bilik sebab meja ila x dapat cahaya yang cukup, kalau pakai lampu meja, sakit mata lama2. Ila orang akan cakap tu alasan je, orang miskin tu belajar pakai pelita je, duduk pula kat lantai. Ila bersyukur ada bilik dan lampu. OK FINE, ILA ADMIT, MEMANG ILA MALAS GILA NAK STUDY.Tu yang sebenar-benarnya.

Tapi ila akan cuba ubah. Ila sedar kesan dan akibatnya bila ila malas macam ni. Ila tau ila kena kuatkan semangat untuk belajar, ila tau ila kena tingkatkan disiplin diri. Ila akan cuba berubah.

Kepada pembaca yang baik hati baca luahan hati ila sampai sini, tolong doakan agar ila berubah from anti-study girl to my-hobby-is-study kind of girl.

Doakan Ila:

Ya Allah, Kau bantulah Aqilah belajar, terangkan hatinya agar mudah dia faham apa yang dia belajar. Bantulah dia melawan sikap anti-studynya itu.Aminnn


1 comment:

Addin said...

all the best :)

jangan takut, usaha , doa & tawakal. itu yang penting ! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...