Saturday, June 22, 2013

CARA BUAT BROOCH BUNGA

Assalammualaikum readers semua,

Sekarang ni saya tengah cuti, baru je tamat Matrikulasi, result pon x la gempak mana..tapi Alhamdulillah jugak la..So masa tengah cuti2 ni, saya buat bisnes sikit, saya buat tudung bawal tribal saya sendri dan jual online di page fb saya : Adhlia's Perfume Paradise. Jemput like ye..

And baki tudung-tudung tu banyak sagt, saya syang nak buang, so saya decide nak blaja buat bunga ni, senang rupanya..

 Jadi, Alhamdulillah, sy diberi kesempatan oleh Allah tuk share sikit ilmu yg saya ade ttg cara2 nak buat bunga-bunga comel untuk dijadikan brooch yg cantik lagi meletop..so tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah
  • kain perca,kain yg sesuai
  • benang
  • gunting
  • butang
  • pen
  • benda bulat(ex:penutup dadih/penutup kapur kasut)


Cara-Caranya ialah:


  1. Lukiskan bulatan pada bahagian belakang fabric anda seperti ini: 
(p/s:semakin besar bulatan anda semakin besar la bunga anda nanti)



2. Guntingkan dengan cermat, tapi jangan gunting pada garisan tu, gunting diluar garisan, bagi ada ruang sikit untuk menjahit nanti, contohnya macam ni:


3.Selepas itu,lipat bulatan kepada dua bahagian dan mula jahit jelujur di bahagian tepi kemas-kemas,macam ni:


4.Selepas itu, tarik benang tu perlahan-lahan supaya kain jadi kedut macam ni:


5.Buat benda yang sama untuk 5 helai lagi bulatan dan cantumkan..anda boleh pilih sama ada nak guna tali benang yang sama, macam saya ni atau anda nak jahit dulu kelopak bunga tu satu-satu dan cantum kemudian pon boleh..ikut mana yang memudahkan anda :)


6.Selepas sudah siap cantumkan, anda boleh la mula temukan dari hujung ke hujung tuk menampakkan bentuk bunga yg comel tu..macam yg di bawah ni :


7.Perkemaskan bunga anda, cantik-cantikkan dia, selepas itu, anda boleh la menjahit butang yg cantik di tengah-tengah atau kalau nak lebih mudah, guna sahaja hot gun, tempek kat situ..


8.Dan TADAAA!!!, sudah pon siap bunga comel anda..bunga sy tu x ada la cantik sangat sebab saya pon baru je belajar kat google jugak..huhu di bawah ni adalah sebahagian bunga yang saya dah buat masa lapang, time tgk tv, nanti kalau saya ada masa saya akan ajar cara buat bunga matahari pula ya..


SELAMAT MENCUBA :)

Jangan lupa like page saya, share blog saya ni and klik nuffnang and kalau nak follow silakan..Ilmu bermanfaat rugi x share..semoga kita sama-sama dapat Pahala dr Allah :)




7 comments:

syafqa akmal said...

senangnya..nanti nk cuba buat la ^^,

Aqilah said...

memang senang pon, cuba la ..:)

Anonymous said...

How to put the pin behind it?

Anonymous said...

How to put the pin behind it?

Aqilah said...

just go to kedai manik or jahit and buy the pin ..stick it with hot gun

Unknown said...

nak try buat jugak

DD said...

sukron..
nanti saya nak coba bikin ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...