Sebenarnya, aku pergi ke Kuala Lumpur untuk balik sebab cuti sem dah habis. Tapi aku balik 2 hari lebih awal sebab aku nak pergi membeli buku2 murah dekat Big Bad Wolf. Aku x pernah pergi Big Bad Wolf sebenarnya, sbb dulu aku ni hanya budak kampung dari Ipoh. Event2 buku macam ni, mana diaorang nak buat kat Ipoh nun. Bila dah belajar kat UM ni, banyak la peluangnya, semua dekat2 je.
Malas nak cerita panjang kepada detail2 yang aku tahu kalian sume x nak amik tahu pon, tapi kadang2 aku sengaja tulis panjang sbb aku yang nak tahu..Blog ni ditulis untuk aku di masa hadapan..hahaha
15/2/2014
Jam 12 tengah hari, aku dan kak yong bersama abg pian dan baby Umar yang hanya berusia 3 bulan sampai ke MIECC, dekat The Lombong(Mines). Cuaca memang amat panas terik, sakit mata aku yang mempunyai masalah silau yang x seberapa tinggi ni. Masuk sahaja dewan yang dipenuhi beribu-ribu buku membuatkan aku teruja. Bukan sahaja buku yang membuatkan aku teruja, harganya murah x boleh masuk akal membuatkan aku 4 kali lebih teruja..hohoho
"Kak yong aku x bawak phone, klu hilang ke ,kita jumpa la kat mana2"
"Kejap."balas kak yong sambil mengorek2 begnya dan mengeluarkan hp kecilnya."Nasib baik aku bawak"
Aku menyambut hp kecil itu, dan simpan dalam beg sandang purple aku.
"Ok, aku nak pergi memburu.bye" aku yang teruja meninggalkan kak yong..
Aku tidak berniat untuk memborong buku2.aku lebih suka melihat2. duit pon x banyak..Tapi bila aku tengok orang2 disekeliling aku memborong habis buku2 disana, dengan beg2 besar dan kotak2 yang penuh dengan buku, aku jadi terpengaruh, lantas, aku pon merembat buku2 yang punya aura magnet menarik aku kpdnya.
Akhirnya, aku berjaya menlengkap satu siri buku bertajuk MOLLY MOON, agak sedikit frust sbb aku x jumpa buku pertama siri ini, habis aku pusing satu BBW, tapi x aku temui..Kecewa.
Aku borong 8 buku semuanya..total rm43.Murah!!!!!, kalau buku BI kat MPH, stu je dah RM30++..ini 8 buku RM40, x kah anda tahu betapa gumbiranya hati beta ketika itu?
Hasil buruan hampir 3 jam di BBW |
Ok the end kepada cerita "pendek " aku..hahaha
2 comments:
udee.. cantik la blog kamu.. :)
Hehe, tq tq..biase2 je ni..tiru style maria elena..kak cik mmg pembc yg setia, dri dulu smpai skang..huhu
Post a Comment