Tuesday, February 18, 2014

AkU DAN BUKU.

Tepat jam 12 tengah hari, kereta api ETS dari Ipoh memulakan perjalanan ke KL Sentral. Perjalanan 2 jam setengah itu aku penuhi dengan mimpi2 indah..Ajaib, bila tidur dalam kereta api, mimpi-mimpi yang aku dapat memang best2 belaka.

Sebenarnya, aku pergi ke Kuala Lumpur untuk balik sebab cuti sem dah habis. Tapi aku balik 2 hari lebih awal sebab aku nak pergi membeli buku2 murah dekat Big Bad Wolf. Aku x pernah pergi Big Bad Wolf sebenarnya, sbb dulu aku ni hanya budak kampung dari Ipoh. Event2 buku macam ni, mana diaorang nak buat kat Ipoh nun. Bila dah belajar kat UM ni, banyak la peluangnya, semua dekat2 je.

Malas nak cerita panjang kepada detail2 yang aku tahu kalian sume x nak amik tahu pon, tapi kadang2 aku sengaja tulis panjang sbb aku yang nak tahu..Blog ni ditulis untuk aku di masa hadapan..hahaha

15/2/2014
Jam 12 tengah hari, aku dan kak yong bersama abg pian dan baby Umar yang hanya berusia 3 bulan sampai ke MIECC, dekat The Lombong(Mines). Cuaca memang amat panas terik, sakit mata aku yang mempunyai masalah silau yang x seberapa tinggi ni. Masuk sahaja dewan yang dipenuhi beribu-ribu buku membuatkan aku teruja. Bukan sahaja buku yang membuatkan aku teruja, harganya murah x boleh masuk akal membuatkan aku 4 kali lebih teruja..hohoho

"Kak yong aku x bawak phone, klu hilang ke ,kita jumpa la kat mana2"
"Kejap."balas kak yong sambil mengorek2 begnya dan mengeluarkan hp kecilnya."Nasib baik aku bawak"
Aku menyambut hp kecil itu, dan simpan dalam beg sandang purple aku.
"Ok, aku nak pergi memburu.bye" aku yang teruja meninggalkan kak yong..

Aku tidak berniat untuk memborong buku2.aku lebih suka melihat2. duit pon x banyak..Tapi bila aku tengok orang2 disekeliling aku memborong habis buku2 disana, dengan beg2 besar dan kotak2 yang penuh dengan buku, aku jadi terpengaruh, lantas, aku pon merembat buku2 yang punya aura magnet menarik aku kpdnya.
Akhirnya, aku berjaya menlengkap satu siri buku bertajuk MOLLY MOON, agak sedikit frust sbb aku x jumpa buku pertama siri ini, habis aku pusing satu BBW, tapi x aku temui..Kecewa.

Aku borong 8 buku semuanya..total rm43.Murah!!!!!, kalau buku BI kat MPH, stu je dah RM30++..ini 8 buku RM40, x kah anda tahu betapa gumbiranya hati beta ketika itu?

Hasil buruan hampir 3 jam di BBW
Aku memang suka beli buku, bagi aku membeli buku itu bukan suatu pembaziran, malah pelaburan.Ia x menguntungkan, tapi menggembirakan.Percaya lah aku ada banyak sangat buku kat rumah, even yang aku beli 4tahun lepas pon aku x baca lagi. Tapi aku x rasa rugi pon.Aku suka tengok buku2 tu tersusun cantik dalam almari buku yang ibu hadiahkan pada aku. Dalam banyak2 benda, buku2 ni la yang paling aku sayang and yang paling aku jaga kasi kemas2. Sebelum org judge aku, aku nak declare kat sini yang..aku suke mengumpul buku..macam org suka kumpul patung2 action figure anime yang x ade faedah melainkan mengumpul habuk (pendapat aku je, no offense), macam tu la aku suka mengumpul buku. Buku buat aku happy, kalau buku tu murah, lagi aku happy..hahaa..

Ok the end kepada cerita "pendek " aku..hahaha

2 comments:

saljurindu said...

udee.. cantik la blog kamu.. :)

Aqilah said...

Hehe, tq tq..biase2 je ni..tiru style maria elena..kak cik mmg pembc yg setia, dri dulu smpai skang..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...